Sunday 15 March, 2009
Hatiku kekosongan
Hatiku kekosongan



Hidupku kekosongan. Ibuku asyik keluar entah ke mana. Dia jarang di rumah. Ayahku pula, tak habis-habis dengan hutang. Tidak boleh dikira langsung. Terlalu banyak hutangnya. Kedua-dua mereka asyik bertengkar setiap kali bertemu. Bingit rasanya. Tanpa mereka, siapalah yang aku ada. Ada kakak, tapi tak boleh harap langsung. Dia selalu bergaul dengan kawan-kawan lasaknya. Selalu pulang mabuk. Baru-baru ni pula, dia telah membuat tatu dan mula merokok. Aku tahu, akulah musuh pertama kakakku. Munkgkin kerana aku selalu menasihatinya. Entahlah, kadang-kala, aku rasa seperti hidup di dunia ini, sudah tidak bererti lagi. Setiap kali, aku ingin pulang, pasti hatiku akan terasa berat untuk pulang.
Aku hanya ingin keluargaku menjadi seperti dulu. Dengan berkat doaku, akhirnya, ia dikabulkan. Kakakku, Sabarina, terasa perit. Pada mulanya, dia menyangka bahawa ia hanya bengkak biasa di lehernya, tetapi, ia mulai membesar. Beberapa minggu kemudian, Kakakku pengsan semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Bukan itu doaku, tetapi, sesudah itu. Kakakku mula sedar, setelah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai tiga bulan sahaja untuk hidup. Dia berada di dalam keadaan kritikal. Kanser lehernya, yang disebabkan oleh merokok, sudah tidak boleh diubat lagi. Pada masa itulah, ibu bapaku mula sedar bahawa selama ini, mereka asyik dengan dunia sendiri dan memperendahkan kami.
Tiga bulan bersama keluargaku di dunia baru, adalah, masa yang paling bahagia untuk aku. Tetapi, masa tiga bulan memang tidak cukup untuk aku bersama dengan kakakku. Masa mula menyingkat. Kakakku tidak henti mengira hari-harinya.
Malangnya, kakakku meninggal semasa tidur. Aku tidak dapat melafaskan kata-katku yang terakhir untuk kakak. Walaubagaimanapun, kakakku ada meninggalkan sepucuk surat untuk aku. "Jangan menjadi seperti kakak. Selama ini, kakak selalu mementingkan diri sendiri. Kakak harap adik akan mencapai cita-cita adik. Kakak akan selalu berada di sisi adik." Itu adalah sebahagian dari surat yang diberi oleh kakak.



Signing off @ 4:41 pm


Saturday 14 March, 2009
Comment mengenai kes buli cyber
http://www.youtube.com/watch?v=AIgtD6hgwMI
Saya pelajari bahawa kes buli siber lebih serius dari buli di perkarangan sekolah. Mereka boleh mengatakan apa-apa mengenai kita. Mereka boleh mencerobohi akaun kita, seperti password dan sebagainya. Buli-buli ini hanya ingin menjatuhkan nama baik kita dan membuat kita ataupun mangsa-mangsa lain takut, geram dan perasaan dendam.

Saya tidak pernah menjadi mangsa siber buli. Pada pendapat saya, kes buli kian meningkat mungkin disebabkan ramai yang mudah ditipu dan sebagainya. Mangsa-mangsa tersebut tidak tahu bertindak. Jika saya menjadi salah seorang mangsa buli siber, saya akan segera bertindak. Saya akan memberitahu seorang dewasa yang saya percayai, seperti ibu bapa. Saya akan meluahkan segala perasaan saya. Jika salah seorang dari kawan saya menjadi mangsa buli siber, saya akan segera menasihati dia untuk memberitahu ibu bapanya, atau seorang dewasa yang dipercayai. Sekolah juga boleh membantu untuk menyiasat siapa yang melakukan siber buli itu. Rakan-rakan sekolah boleh memberi sokongan kepada si mangsa untuk jangan patah semangat dan selalu mendekati si mangsa, supaya dia tidak keseorangan dan jika buli itu adalah seorang pelajar di situ, mereka tidak mudah untuk mendekati si mangsa. Pihak polis pula, boleh menyiasat dan bekerja sama dengan pihak sekolah.
Signing off @ 7:41 pm


Saturday 6 December, 2008

http://www.youtube.com/watch?v=nooqGEc4Hus
kenapa saya memilih cerita tersebut:
Saya telah memilih cerita congkak kerana ia sebuah cerita terbaru di pawagam dan ia sebuah cerita yang dapat menaikkan sesiapapun untuk menontonnya.
sypnosis:
Kazman seorang suami yang berbakti, telah memutuskan untuk membeli sebuah banglo untuk keluarganya. Banglo itu terletak di kawasan pinggiran sebuah tasik. Banglo itu digunakan setiap kali mereka hendak meninggalkan kehidupan kota.
Walaubagaimanpun, isterinya, Sufiah, tidak setuju dengan keputusannya, tetapi Kazman telah janji kepada kawannya untuk membeli banglo tersebut. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke banglo itu.
Termasuk kehilangan telefon bimbit Kazman. Ketika tiba di banglo, Sufiah dapat merasakan seperti seseorang mengintipnya dan mula memujuk Kazman supaya beredar dari situ. Tetapi, rayuan itu diperendahkan oleh Kazman. Dia hanya mendiamkan diri dan mula memasuki banglo.
Anaknya, Lisa, sering ke tingkat bawah pada laut malam, untuk bermain congkak dengan seseorang, yang dipercayai hanya Lisa sahaa yang dapat melihatnya.
Ini membuat Sufiah untuk membuang congkak itu ke dalam tasik. Walaubagaimanapun, dia dikejutkan lagi dengan bunyi congkak yasng dimainkan di bilik yang sama. Apabila dia memeriksa bilik itu, dia terkejut bila ternampak seorang perempuan tua yang sedang bermain congkak. Tetapi, bukan kejadian aneh itu saja, ada beberapa kejadian yang lain juga. Seperti, kejadian kehilangan kedua-dua anaknya.
Pak Tua, seorang yang tertua di kawasan itu, tiba dan memberi bantuan untuk menyelamatkan keluarga itu, serta anak mereka Ely dan Lisa.

Signing off @ 7:32 pm



Kawan karibku...
Saya mempunyai seorang kawan karib. Namanya Attiya Ashraf. Dia seorang yang sabar, pandai membuatku gembira, baik hati, suka menolongku, selalu berada disisiku semasa kami berdua menuntut di sekolah rendah yang sama. Kami berdua tidak pernah bertengkah. Kami bagai isi dengan kuku. Tidak pernah berpisah.
Jika salah satu dari kami, tersinggung perasaan satu sama lain, kami akan terus bermaaf-maafan. Ada beberapa perkara yang membuat kami selalu bersama. Kami saling dapat memahami perasaan yang tersembunyi di hati masing-masing dan kami berdua mempunyai hobi yang sama, warna kegemaran yang sama, suka akan penyanyi yang sama dan akhir sekali, kami selalu bersama.
Attiya seorang yang kurus tinggi, mempunyai rambut pendek sepertiku, mukanya manis, mempunyai bulu kening yang lebat dan kelihatan matang. Walaupun dia berada di sekolah yang lain, persahabatan kami tidak akan putus.

Signing off @ 6:21 pm


Saturday 12 July, 2008
Pandangan

Pandangan

Dewasa ini, terdapat beberapa kes yang melibatkan penyalah-gunaan blog. Beberapa orang telah dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mengeposkan komen-komen yang berunsur perkauman. Ada pula kes di mana para pelajar maktab rendah yang telah diberikan amaran setelah meletakkan komen-komen yang tidak berasas tentang guru mereka di blog peribadi.


Ramai di antara remaja ataupun dewasa yang menganggap blog adalah diari peribadi. Ia sebenarnya tidak. Sesiapa pun boleh melihat blog awak secara formal ataupun memasuki blog awak dan menaip yang telah menyakitkan hatinya. Dalam sebaliknya,kamu yang akan dikenakan hukuman.


Banyak kes-kes yang berlaku di mana seseorang itu menekan 'yes' sahaja tanpa membaca apa yang ditulis sebelum membuat blog. Kamu mungkin tidak sedar, tetapi apabila seseorang itu mengganggap blog itu sebagai diari peribadi, mereka akan menulis apa saja termasuk komen-komen yang tidak berasas.


Remaja sekarang harus mempelajari baik-buruknya tentang blog sebelum membuat blog. Ia sesuatu yang perlu,jika kamu tidak mahu menyalah anggap apa itu blog.


Semasa seseorang itu menulis apa saja di dalam blog mereka, mereka tidak sedar bahawa mungkin apa yang ditulis membawa padah di sebaliknya.


Sebagai contoh, seseorang itu mungkin tidak dan belum memahami budaya lain. Mereka akan menulis apa saja dari hati mereka. Mereka tidak mengetahui bahawa apa yang ditulis mungkin membawa padah sehinggakan memasuki penjara.


Segala apa yang dibuat salah, sudah tentu ada akibatnya. hukuman-hukumannya seperti dikenakan saman,penjara ataupun dikenakan sebatan rotan, mungkin adalah perkara yang tidak dapat dipercayai oleh ramai. Tetapi, ia benar.


Sebuah komen mengenai seseorang boleh melibatkan kamu dikenakan hukuman.


Oleh itu, seseorang itu harus berfikir dahulu sebelum menulis apa-apa di blog.


Untuk menjadi seorang pengguna blog yang bijak dan beretika, saya harus mempelajari lebih banyak tentang blog. Seperti baik-buruknya blog. Saya juga boleh menasihati sesiapa yang tidak tahu kegunaannya blog dan apa akibatnya jika menulis komen-komen yang tidak berasas.

Signing off @ 5:32 pm


Thursday 10 July, 2008
Perbincangan: Kelembapan Ekonomi

Perbincangan: Kelembapan Ekonomi

Kebanyakkan kanak-kanak sekarang terlalu manja dengan ibu bapa mereka. Mereka terlalu memikirkan tentang diri sendiri.Pernahkah terlintas di fikiranmu apa akan terjadi jika salah satu dari ibu bapa kamu kehilangan pekerjaan?


Masalah seperti kesempitan wang akan timbul.Ini akan menjejas kehidupan kamu.Terutama sekali jika kamu adalah anak sulong. Kamu akan mempunyai tanggungjawab yang lebih berat.Kamu mungkin terpaksa berhenti sekolah demi adik-adik.Ini mungkin sebab terlalu terdesak untuk wang.Ramai mungkin akn berbuat demikian,tetapi,ada juga cara lain untuk menyelesaikannya.


Kamu boleh bekerja sambilan pada sebelah petang,mengikut jadual masing-masing.Jika kamu mempunyai sijil peperiksaan seperti O-levels yang tinggi,kamu boleh mengajar tuisyen di pusat tuisyen ataupun di rumah kamu.Ada juga yang bekerja sambilan untuk mengajar tuisyen di rumah murid.


Pihak sekolah dan jabatan kuasa seperti 'MUIS',boleh menghulurkan bantuan dengan memberi bantuan kewangan seperti 'subsidies'.

Signing off @ 3:20 pm


Surat Kiriman
Shariffah Natasha
Blk 35, Dover Road
#10-179
Singapura 130035

Yang diingati
Saudari Grace Law
Dengan selamatnya

Saudari


semasa saya menulis surat ini, saya dan keluarga berada dalam kandungan sihat walafiat, mudah-mudahan bagi pihak saudari sekeluarga pun begitu jua hendaknya.

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menerangkan kepada saudari mengenai budaya permainan ataupun permainan tradisional saya.

Permainan tradisional membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Ada di antara permainan ini yang tidak dimainkan pada zaman sekarang, tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa serta datuk nenek kita sahaja. Ada juga permainan yang dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Tentu saudari kenal akan congkak,batu seremban,sepak raga,gasing dan lain-lain lagi.


Saudari, pernahkah saudari terdengar,terlihat ataupun mengetahui apa iut wau? Wau,yang juga dikenali dengan layang-layang, amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung.Ia dimainkan sejak kurun ke 15. Ramai yang tidak mengetahui apa itu wau. Itu kerana ia hanya dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kedah,Kelantan,Perlis dan juga Terengganu.


Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan corak. Ia juga mempunyai nama tersendiri, seperti wau pari,wau burung,wau katak,wau bayan,,wau merak,wau kucing,wau jala budi,wau lenggang kebayan,wau sewah,wau barat dan amat digemari,wau bulan.

Reka corak wau ini,biasanya bermotifkan awan larat. Wau juga menjadi hasil kraftangan and hiasan dinding.


Membuat wau memakan masa kerana ia agak rumit. Kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka,memastikan kepaknya stabil dan seimbang sehingga melekatkan kertas pada rangka wau,mengambil lebih kurang dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang pula, harus lebih besar daripada kepaknya. Setelah itu,ikatkannya dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.


Rangka yang telah siap,akan ditampil dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar yang berlainan warna.Agar wau kelihatan lebih cantik, bahagian kepala atau muncungnya akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang beraneka warna. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya memgeluarkan bunyi dengung apabila wau itu diterbangkan di udara.


Biasanya wau akn dimainkan oleh dua orang. Seorang akan memegang wau dan seorang lagi memegang tali.

Sehingga di sini sajalah,surat saya buat kali ini. Semoga saudari dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai wau. Sambutlah salam hormat daripada saya untuk saudari sekeluarga.
Signing off @ 8:39 am